Friday, August 13, 2010

testimoni : T-shirt Printed by QfmArtWorks

nie baju budak sekolah cina...dieorang buat baju kelas dieorang..alhamdulillah dieorang kata ok..




yang nie pulak baju geng budak botak nakal sekolah..nie budak2 dari sekolah melaka...tibe2 jer dieorang call untuk buat baju nie..dieorang nak buat baju tapi tak de design..so kiteorng design kan dan dieorang kata ok..




baju ni pulak di order oleh Kilang Seaget khas buat baju team kilang mereka . baju ni kami design dan dipantau oleh mereka . alhamdulillah , mereka berpuas hati :)



baju ni di design sendiri oleh pelajar form 2 Sekolah Menengah Islam Hidayah . alhamdulillah , mereka berpuas hati ;)

baju ni telah ditempah oleh pelajar dari kelantan . alhamdulillah , mereka suka ;)




pelajar sekolah Sri Skudai telah meminta kami mereka dan membuat T-shirt kelas mereka . alhamdulillah , sangat memberangsangkan !







Thursday, August 12, 2010

Pengenalan QFM


QFM ArtWorks merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat percetakan digital..
in house production kami adalah silk screen dan pembuatan medal..

PUSAT PERCETAKAN DIGITAL

QFM Art Works telah didaftarkan pada 8 Oktober 2009 dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Perniagaan ini diusahakan oleh 2 orang rakan kongsi. Perkhidmatan yang di tawarkan termasuk percetakan digital, mereka label, sticker, menu, poster, booklet, kain rentang, bunting, backdrop,kad bisnes, dan kad jemputan perkahwinan. Di samping itu, kami turut menyediakan beg, payung, tuala, topi, jaket, pakaian seragam, t-shirt, alatulis, dan cenderamata.

QFM Art Works mempunyai sistem pengurusan yang sistematik yang di terajui oleh dua rakan kongsi.   Semua suara akan dipertimbangkan tanpa mengira pangkat seseorang. Selain daripada pengurusan yang sistematik, kedudukan premis juga menjadi tunjang kepada kekuatan perniagaan ini. Lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan, sekolah - sekolah,dan di tegah pusat nadi perniagaan membantu meningkatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Suasana dalaman kedai yang kemas, menarik, dan eksklusif dapat menarik pelanggan dan dapat memberi  imej yang baik serta mendapatkan kepercayaan daripada para pelanggan.

Sasaran pasaran adalah difokuskan kepada  mana -mana organisasi yang baru ditubuhkan dan yang ingin mengembangkan  perniagaan mereka dari segi promosi. Kami akan membantu mempromosikan syarikat tersebut melalui beberapa strategi. Sebagai contoh, men cetak flyers bagi menyebarkan maklumat syarikat tersebut. Selain itu, signboard yang menarik serta kain rentang juga akan di reka khas untuk di paparkan di hadapan kedai tersebut.

Kami juga mensasarkan pasaran kepada badan - badan kerajaan dan institusi pengajian tinggi swasta mahupun awam dengan harga yang berpatutan dan kualiti produk serta perkhidmatan yang sebaik mugkin.